Popular Posts

ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI?

Thursday 29 December 2011

Ini kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membekaskan Masjid Aqsa.

Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.


Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkin jenis blog yang rasional dan persoalankan karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.

Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi... Tidak ada sama sekali.

Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.

Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.

Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.
Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:

"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."

Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.
"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.

Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini...padan patutlah...
Read Post | comments

HASSAN ALI - SEANDAINYA PEMBANGKANG DAPAT MENGUASAI PUTRAJAYA!!

Tuesday 27 December 2011



SEANDAINYA PEMBANGKANG DAPAT MENGUASAI PUTRAJAYA!! HANCURLAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ,ISLAM DIPERDAGANGKAN, DUIT RAKYAT DIKEBAS, PENTADBIRAN NEGARA HANCUR LEBUR!!! DEMONTRASI JALANAN BERLELUASA!!! TIME TU MENANGIS AIR MATA DARAH PUN X KAN DAPAT DISELAMATKAN LAGI
Read Post | comments

Antara Doktor Pakar dengan Doktor Cucuk Sendiri...

Untuk membangunkan sesebuah negara perlu mengambil masa yang lama antara 50 hingga 60 tahun tetapi untuk memusnahkannya hanya memerlukan beberapa minit sahaja.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Rosol Wahid berkata, secara sedar atau tidak ada pihak cuba memusnahkan keharmonian yang wujud di negara ini dengan menyebarkan dakyah menghasut rakyat membenci kerajaan.

“Saya terkilan dan sedih bila ada pihak cuba gigit tangan yang menyuap makanan ke mulut mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Koperasi Belia Negeri Terengganu (Kobenet) kali ke-16 di Wisma Seri Amar Kuala Terengganu semalam.

Hadir sama, Pengerusi Kobenet, Dato’ Haji Wan Zakaria Abdul Rahman.

Katanya, kerajaan telah beri macam-macam bantuan dan sumbangan dalam usaha memastikan rakyat terus dapat menikmati kehidupan yang selesa.

“Sikap yang suka mencari kesalahan kerajaan semata-mata untuk meraih undi dalam pilihanraya tidak menunjukkan mereka golongan yang dituntut dalam Islam, sambil berharap budaya ini tidak menular dikalangan masyarakat,” katanya.

Katanya, ambil iktibar peristiwa yang berlaku terhadap negara Libya dan Mesir yang tidak ada kesudahannya, rakyat menjadi mangsa kumpulan yang berkepentingan.

Dato’ Haji Rosol turut menyatakan, kerajaan menyediakan geran perniagaan sehingga RM10,000 dan semua koperasi layak memohon untuk mendapatkan dana berkenaan.

Beliau seterusnya menyarankan Kobenet terus pro aktif serta merebut peluang mencari keuntungan berganda supaya dapat mengagihkan labanya kepada ahli.

Read Post | comments

RAKYAT TERENGGANU SAMBUT KEPULANGAN TUANKU MIZAN & TUANKU NUR ZAHIRAH

Sunday 11 December 2011


KUALA TERENGGANU 11 Dis. - Seramai 15,000 rakyat jelata dijangka membanjiri sepanjang jalan di bandar raya ini bagi menyambut keberangkatan balik Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah ke negeri ini esok.

Sambutan itu dibuat sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 esok.

Mereka yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, warga Institusi Pengajian Tinggi Awam, pelajar serta murid sekolah akan berada di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) hingga Istana Maziah di sini sejauh 16.2 kilometer.

Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol), Mohd Zahari Jannah berkata, sebaik tiba di LTSM, aturcara sambutan keberangkatan balik Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berlangsung tiga hari iaitu pada esok, Rabu dan Jumaat ini. Katanya Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah dijangka tiba di LTSM kira-kira pukul 2 petang dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dan akan disambut kira-kira 2,000 orang.

Sejurus tiba, baginda berdua akan disambut kerabat diraja, para pembesar dan kenamaan negeri diketuai Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

"Selepas tiba di LTSM, baginda berdua akan ke Istana Maziah untuk majlis Santapan Petang yang dijangka dihadiri kira-kira 300 orang tetamu sebelum berangkat balik ke Istana Nur Nadirah di sini,” katanya pada taklimat mengenai keberangkatan pulang baginda, di sini, hari ini.

Turut dijangka hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Mohamad yang bertindak sebagai pegawai pengiring dari ibu negara.

Beliau berkata, untuk aturcara pada Rabu ini, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berangkat ke Istiadat Penghadapan di Istana Maziah kira-kira pukul 8.30 pagi yang dijangka dihadiri kira-kira 600 tetamu.

Manakala pada Jumaat pula, baginda Tuanku Mizan akan berangkat mencemar duli merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering (sebelum ini dikenali Masjid Diraja) kira-kira pukul 12 tengah hari.
Read Post | comments
 
© Copyright Rakyat Bangkit Tolak Pas 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all