Sunday 11 December 2011

Elak terjebak gerakan syiah

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa membuat pengawasan kepada pelajar agama di negeri ini, bagi mengelak mereka terjebak dengan gerakan tertentu termasuk gerakan fahaman syiah.
 
Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid, JHEAT, Razak Jusoh berkata, pemantauan awal dilakukan sejak mereka mula mendaftar di sekolah, sebagai langkah pencegahan.
 
Menurutnya, golongan tersebut mungkin menjadi sasaran oleh pihak tertentu kerana mereka ini masih muda dan mudah menerima idealisme, silap percaturan mereka mungkin menjadi mangsa.
 
 “Saya percaya dan yakin, tiada pelajar terlibat kerana sejak awal lagi telah diberikan motivasi dan pendedahan supaya tidak terjebak dengan gerakan tertentu yang akan memesongkan akidah.
 
“Dengan usia muda, mereka akan menjadi sasaran kerana mudah didekati oleh golongan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
© Copyright Rakyat Bangkit Tolak Pas 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all